Skip to main content

Berbasikal

Cik Din sahkan LTdL terakhir bersama TSG selepas 12 tahun bina pasukan

Cik Din sahkan LTdL terakhir bersama TSG selepas 12 tahun bina pasukan
Advertisement

Selepas 12 tahun menabur bakti dan menjadi antara watak penting di sebalik transformasi Terengganu Cycling Team (TSG), Ketua Pegawai Operasi pasukan, Nasiruddin Wan Idrus, mengesahkan edisi Le Tour de Langkawi (LTdL) kali ini menjadi penampilan terakhirnya bersama pasukan berkenaan.

Lebih dikenali sebagai Cik Din, Nasiruddin membuat keputusan untuk bersara pada usia 60 tahun selepas lebih sedekad bersama TSG.

Advertisement

Sepanjang tempoh itu, beliau menyaksikan sendiri perubahan besar pasukan sehingga TSG muncul antara pasukan terbaik di Asia dan membina reputasi kukuh dalam arena berbasikal profesional.

“Saya membuat keputusan untuk bersara pada usia 60 tahun. Setelah berkhidmat selama 12 tahun bersama pasukan, kami telah melakukan perubahan besar, menjadi antara pasukan terbaik Asia untuk tempoh 11 tahun.

Advertisement

“TSG juga pernah menjadi juara benua dunia sebanyak tiga kali,” katanya.

Nasiruddin berkata, sudah tiba masanya beliau memberi laluan kepada barisan baharu untuk meneruskan pengurusan dan pembangunan TSG pada masa depan.

“Sampai masa saya memberi laluan kepada orang lain mengendalikan pasukan TSG namun saya sentiasa akan bersedia jika pasukan memerlukan saya,” katanya.

Keputusan itu sekali gus menutup satu babak panjang perjalanan Cik Din bersama TSG, pasukan yang dibangunkan sehingga mampu bersaing secara konsisten di pentas Asia dan antarabangsa.

Buat TSG, persaraan Cik Din bukan sekadar pertukaran dalam pengurusan, tetapi berakhirnya khidmat seorang individu yang menjadi sebahagian daripada perjalanan pasukan selama 12 tahun.
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video