Skip to main content

Badminton

Chong Wei kongsi kisah hadapi fasa persaraan

Chong Wei kongsi kisah hadapi fasa persaraan

Datuk Seri Lee Chong Wei mengakui keputusan untuk bersara daripada badminton bukan sesuatu yang mudah, namun dia sudah lama menyedari bahawa tiba masanya untuk meninggalkan gelanggang pada tahun 2019.

Legenda badminton negara itu berkata, faktor kecederaan serta nasihat doktor akhirnya mengukuhkan keputusan yang sememangnya sudah mula dipersiapkannya lebih awal.

“Saya sudah mengetahui kemampuan saya untuk mengambil keputusan untuk bersara. Atas nasihat doktor, dengan kecederaan yang dialami saya menerima keputusan untuk meninggalkan badminton,” katanya.

Menurut Chong Wei, seorang atlet perlu sedar bahawa kerjaya sukan tidak boleh bertahan selama-lamanya.

Malah, sebelum membuat keputusan berkenaan, Chong Wei sendiri sudah mempersiapkan mental untuk menghadapi hari yang dianggap pasti akan tiba.

“Sebelum bersara, saya sendiri telah bersedia, satu hari saya tetap akan bersara. Anda tidak akan dapat bermain seumur hidup.

“Keputusan itu agak sedih,” katanya.

Namun, Chong Wei enggan melihat persaraan sebagai pengakhiran kepada sumbangannya terhadap badminton negara.

Sebaliknya, dia memilih untuk menggunakan pengalaman dan pengaruh yang dimiliki bagi membantu melahirkan lebih ramai bakat baharu melalui Piala Lee Chong Wei.

Baginya, penganjuran kejohanan berkenaan adalah salah satu cara untuk terus dekat dengan sukan yang telah menjadi sebahagian besar daripada hidupnya.

Selepas hampir lapan tahun bersara, Chong Wei kini menikmati kehidupan bersama keluarga, namun hatinya masih kekal dalam badminton.

Jika dahulu Chong Wei berjuang untuk kemenangan di atas gelanggang, kini perjuangannya lebih tertumpu kepada memastikan generasi seterusnya mempunyai ruang dan peluang untuk mencipta kejayaan mereka sendiri.
 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video

Advertisement