Skip to main content

Badminton

China Masters: Apa sudah jadi? Kalah terus jatuh ranking sejak 2023

Masters

China semakin jatuh? Rezeki buat bintang Indonesia.

Kekalahan pemain perseorangan lelaki China, Li Shi Feng, dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Masters China 2026 mengakibatkan penurunan ranking, sekali gus mencipta rekod kurang baik buat negara itu sejak 2023.

Buat kali pertama sejak tiga tahun lalu, ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam sektor tersebut menyaksikan China bakal hanya ada seorang wakil dalam kedudukan 10 terbaik dunia.

Tinggal Shi Yu Qi sahaja dalam carta tertinggi itu susulan Shi Feng yang menamatkan rentetan 169 minggu dalam kelompok tersebut.

Malah, kedua-dua pemain terbabit tersingkir dalam kejohanan bertaraf super 750 itu di tempat sendiri.

Malang buat China selaku empayar besar badminton dunia lebih-lebih lagi dalam kategori tersebut, namun mengetahui budaya negara itu, pelapis lain bakal bersinar dan kemudian akan mengukir nama selaku pencabar baharu suatu hari nanti.

Rezeki tidak sengaja buat bintang meningkat naik Indonesia, Alwi Farhan, yang berjaya menempatkan diri dalam 10 pemain terbaik dunia bermula minggu hadapan meskipun tidak menyertai Masters China.

Minggu ini, arena badminton antarabangsa dikejutkan dengan berita Persatuan Badminton China (CBA) dihimpit krisis besar -- presiden, Zhang Jun, naib presiden, Xia Xuanze, -- didakwa terlibat dengan pelanggaran serius yang boleh dikenakan penjara.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video

Advertisement