Chelsea mengambil keputusan untuk memecat Liam Rosenior selaku pengurus pasukan selepas empat bulan mengemudi pasukan itu.
Rosenior yang menggantikan Enzo Maresca di Stamford Bridge pada Januari lalu dengan kontrak lima tahun itu bergelut untuk membawa Chelsea kembali ke kedudukan terbaik selepas melakar lima kekalahan berturut-turut dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan kekalahan terbaru The Blues ketika berdepan Brighton 0-3 semalam.
Advertisement
Untuk rekod, Chelsea ketika ini menduduki kedudukan kelapan liga dengan mengumpul 48 mata daripada 34 perlawanan dan masih berbaki lima aksi lagi.
Club statement: Liam Rosenior
— Chelsea FC (@ChelseaFC) April 22, 2026
"Kelab bola sepak Chelsea hari ini berpisah dengan ketua jurulatih, Liam Rosenior.
"Bagi pihak Chelsea, kami merakamkan ucapan terima kasih kepada Liam dan kakitangannya atas segala usaha sepanjang tempoh mereka bersama kelab." ujar kelab.
Pembantu pengurus, Calum McFarlane, akan bertanggungjawab sebagai pengendali sementara The Blues sehingga akhir musim dan bakal memacu Chelsea bertemu Leeds United dalam aksi separuh akhir Piala FA minggu ini.