Skip to main content

Badminton

Cheah Liek Hou harap kecederaan ibu jari tidak gugat misi rangkul emas di Perancis

liek

Perseorangan lelaki badminton para SU5 (kecacatan fizikal) negara, Cheah Liek Hou, berharap kecederaan ibu jari tidak menjejaskan misinya untuk merangkul pingat emas dalam Kejohanan Badminton Para di Perancis pada 16 hingga 21 Jun ini.

Selain itu, Liek Hou bersedia untuk menukar kilauan pingat yang dimenangi pada edisi temasya lalu kepada kilauan emas dalam edisi Sukan Para ASEAN di negara sendiri.

Advertisement

Dia turut berasakan tahap kecergasannya ketika ini masih berada pada tahap terbaik selepas rundingan bersama jurulatih, Nova Armada.

"Memang saya sasarkan kemenangan kerana di tanah air sendiri memandangkan penganjuran di negara sendiri pada 2027.

"Memang ada kecederaan pada ibu jari, tetapi saya berharap tidak akan menjejaskan saya. Saya perlu jalani pemulihan juga." katanya.


Terdahulu, kem para negara dimeriahkan dengan pengawasan dan pelarasan atlet menerusi Angkatan Tentera Malaysia yang mengetuai kem fasa pertama bagi menaikkan obor perjuangan kontinjen kebangsaan dalam temasya Para ASEAN 2027.

Must Watch Video