SABAH 2 PDRM 0
Sabah mencerahkan peluang ke separuh akhir Challenge Cup apabila mengatasi PDRM di Stadium Likas, sebentar tadi.
Advertisement
Jaringan dalam separuh kedua daripada Dane Ingham dan Fergus Tierney dalam tempoh hanya berselang empat minit benar-benar menyentak Sang Saka Biru menjelang pertemuan suku akhir kedua di Selayang, Ahad depan.
Situasi itu pula memberi kelegaan buat tuan rumah yang memiliki peluang menarik dalam babak pertama.
Selepas Ingham menghasilkan gol dari jarak jauh pada minit ke-54, Tierney pula menebus kehampaan awalnya dengan menolak masuk bola muntah di depan gawang pelawat.
Dalam masa sama, Darren Lok terlepas peluang untuk mengukuhkan kedudukan apabila sepakan penaltinya -- selepas dia sendiri dikasari -- ditampan Nor Hakeem Hamidun.