Skip to main content

Hockey

Cemerlang di padang hoki, cemerlang pelajaran, Nik Jeremy Haidi raih 9A SPM

Nik Jeremy

Atlet hoki remaja negara, Nik Jeremy Haidi Nik Feizal, dianugerahkan sebagai Ikon Kecemerlangan: Murid Terbaik SPM 2025 bagi aliran sains Sijil Pelajaram Malaysia (SPM) dalam kalangan pelajar Sekolah-Sekolah Sukan Malaysia (SSM).

Ini selepas penjaga gol remaja itu memperoleh 9A (5A+ 4A) dalam keputusan SPM yang dikeluarkan semalam.

Advertisement

Nik Jeremy Haidi pernah mencipta sensasi muncul pemain termuda beraksi dalam Kejohanan Piala Tun Abdul Razak edisi 2023, di mana dia membantu Kuala Lumpur bergelar juara pada ketika usianya baru 15 tahun.

 

 

 

Must Watch Video