Presiden Persatuan Sepak Takraw Selangor (PSS), Datuk Zaffry Sulaiman, berkongsikan bahawa pasukan itu bercita-cita tinggi dalam kempen Sepak Takraw League (STL) musim ini apabila meletak sasaran muncul juara keseluruhan.
Bagi Zaffry, ia adalah sasaran realistik melihat kepada kejayaan Selangor Pistons sendiri yang menjuarai Piala Khir Johari 2026 tempoh hari.
Ia juga selaras dengan pembaharuan dan perjuangan yang dibawa Zaffry selepas bergelar presiden PSS.
"Pada saya para pemain berada di tahap tertinggi, ada juga dua pemain import dari Filipina dan Thailand.
"Selepas kejayaan menjuarai Piala Khir Johari 2026, matlamat saya menjadi johan untuk keseluruhan sirkit, jika tidak pun empat sirkit juga pun cukup.
"Mereka bukan dalam keadaan tertekan, saya berikan tekanan kepada mereka kerana sudah lama tidak menjuarai STL." katanya.
Pistons akan turun malam ini dalam saingan Kumpulan C, GP Perak berdepan Bomba Fighters sebelu bertemu PDRM Defenders.
Selangor dibarisi Nonthanan Sombatlay (Thailand), Arif Badri, Muhammad Adam Haikal, Salman Anuar, Lerry Rafael (Filipina), dan Farhan Adam.