Libasan terakhir Madzrul Aziq memacu kemenangan pertama Perak Bison menewaskan Selangor Piston 2-1 dalam saingan Kumpulan D, Grand Prix (GP) Penang, CelcomDigi Liga Sepak Takraw (STL) di Spice Arena, Penang, sebentar tadi.
Tajuddin Ahmad mempertaruhkan Pornthep Tinbangbon (tekong), Nazrein Daniel (perejam) dan Amirul Zazwan (pengumpan), manakala kem Selangor dibarisi Aizat Azmi (tekong), Nonthanan Sombatlay (perejam) dan Farhan Adam (pengumpan).
Perak melakar kemenangan 17-14 dalam set pertama sebelum Selangor bangkit dengan kemenangan 15-13 untuk mengheret Perak ke set penentuan.
Set penentuan menyaksikan kedua-dua pasukan lebih berhati-hati apabila saling mengutip demi mata sehingga kedua-dua pasukan terikat 13-13.
Begitupun, rejaman Madzrul yang masuk sebagai pemain gantian itu memastikan mata ke-15 buat Perak untuk kemenangan pertama menewaskan Selangor 15-13.
Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B menyaksikan Melaka Titans tidak berdepan masalah menewaskan Johor Tigris 2-0 menerusi aksi straight set 15-11,15-6 untuk membuka kempen dengan Langkah kanan.
Melaka dibarisi trio Utama iaitu Syahir Rosdi (tekong), Azlan Alias (perejam) dan Zaim Razali (pengumpan). Sementara, Johor diketuai Zuhri Zain (tekong), Nattapong Kotchapaksri (perejam) dan Lutfil Hadi (pengumpan).