Skip to main content

Sepak Takraw

CelcomDigi STL: Sarawak Hunter, Kedah Eagles langkah kanan

ff
Advertisement

Sarawak Hunter bermula dengan langkah kanan dalam saingan Kumpulan A, Division 1, Sepak Takraw League (STL) selepas menewaskan Penjara Enforces 2-0 dengan keputusan 14-17, 9-15 di Akademi Sepaktakraw Malaysia, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Sarawak Hunter yang dibarisi trio Wan Khairul Asyraf selaku (tekong), Alfie Zulfitri (perejam) dan Selimin Jebat (pengumpan) mempamerkan persembahan menyakinkan selepas mengatasi trio Penjara iaitu Iman Hakimi (tekong), Helmi Jalal (perejam) dan Faiz Naim (pengumpan).

Advertisement

Set pertama menyaksikan Hunters mudah di hadapan dengan mendahului 3-0, tetapi Enforcers memastikan saingan sengit dengan samakan kedudukan 3-3.

 

Advertisement

 

 

 

Permainan makin sengit dengan kedua-dua pasukan saling merebut mata untuk kedudukan menjadi 9-9. Namun, sedikit demi sedikit, Enforcers mendapat kelebihan dengan kedudukan memerlukan 1 mata saja untuk menamatkan aksi.

Sebaliknya berlaku dengan Hunters yang mengejar hingga ke deuce untuk menang 17-14!

Situasi set kedua hampir sama, Enforcers terlebih dulu didepan, dengan misi untuk mengheret aksi ke set penentuan.

Tetapi Hunters dengan tenang mengejar kedudukan, dan kembali memimpin perlawanan untuk sahkan kemenangan 15-9.

 

KEPUTUSAN LAIN:

Putrajaya Cyborg 1-2 Kedah Eagles

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video