Perak Bison mengesahkan tempat ke suku akhir Grand Prix Melaka CelcomDigi Liga Sepaktakraw (STL) apabila menyingkirkan Penang Black Panthers 2-0 dalam aksi Kumpulan A di Bukit Serindit sebentar tadi.
Kemenangan 15-6, 15-9 yang dicatatkan Bison memastikan mereka menamatkan saingan di tempat kedua kumpulan untuk mengiringi Melaka Titans ke suku akhir.
Dalam pada itu, saingan Kumpulan B pula menyaksikan Negeri Sembilan Antlers ke suku akhir selaku juara kumpulan selepas membenam cabaran Bomba Fighters 17-15, 15-10.