Negeri Sembilan Antlers membuka kempen CelcomDigi Liga Sepak Takraw (STL) dengan kemenangan apabila bangkit menewaskan Penang Black Panthers 2-1 dalam aksi Kumpulan D, Grand Prix Perak di Stadium Indera Mulia, Ipoh sebentar tadi.
Membariskan Haziq Nizam (tekong), Zulefendi Sumari (pengumpan) dan Hafizul Hayazi (perejam), barisan bintang Antlers itu, bagaimanapun, dikejutkan dengan kekalahan 11-15 dalam set pertama.
Bagaimanapun, mereka bangkit dalam dua set berikutnya untuk mencatatkan kemenangan 15-13, 15-13 untuk melayakkan diri ke suku akhir.
Keputusan itu sekali gus memaksa Black Panthers menelan hakikat menjadi pasukan pertama gagal ke suku akhir selepas tewas 1-2 kepada Perak Bison dalam aksi pertama semalam.