Skip to main content

Sepak Takraw

CelcomDigi STL: Negeri Sembilan Antlers juara edisi pengenalan Piala Sumbangsih

gg
Advertisement

Negeri Sembilan Antlers memberi petanda bahawa mereka sedia merebut kejuaraan CelcomDigi Sepak Takraw League (STL) musim 2026 apabila menawan edisi pengenalan Piala Sumbangsih, sebentar tadi.

Meskipun memerlukan aksi tiga set sebelum menjamin kemenangan, juara Champions Cup itu menggunakan keserasian trio yang ditunjangi Haziq Hairul Nizam, Hafizul Hayazi Adnan dan Zulefendi Sumari memberikan amaran awal di Akademi Sepaktakraw Malaysia apabila mengungguli set pertama  15-9.

Advertisement

Begitupun, Perak Bison selaku juara STL Premier musim lalu bangkit untuk mengikat kedudukan 1-1 melalui kemenangan 15-8 dalam set kedua.

Perak Bison mengetengahkan gandingan baharu; Kathadet Srichan (tekong), 
Madzrul Aziq Mat Tahir (perejam) dan Amirul Zawan Amir (pengumpan) selepas terpaksa melupakan khidmat Noraizat Nordin buat seketika akibat kecederaan.

Advertisement

Dan Antlers kembali memperkemaskan permainan apabila mencipta jurang besar dalam set penentuan sebelum melengkapkan kemenangan 15-5.

Menteri Belia dan Sukan, Dr Taufiq Johari, yang dan Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John, turut turun padang menyempurnakan Majlis Pelancaran STL, sambil Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan, menyampaikan trofi edisi sulung Piala Sumbangsih, sebelum pentas Divisyen Satu membuka tirai, esok.

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video