Skip to main content

Bola Jaring

CelcomDigi NSL: Terengganu Marvels mula garang, belasah Perak Phoenix dalam aksi pembukaan

Terengganu Marvels pamer aksi garang

Terengganu Marvels membuka kempen CelcomDigi Netball Super League 2026 dengan penuh bergaya selepas membenam Perak Phoenix 54-27 dalam aksi pembukaan yang berlangsung sengit.

Kehadiran dua pemain import, Cornelia dan Tendai jelas memberi dimensi baharu kepada Marvels yang tampil dominan sepanjang perlawanan.

Advertisement

Perlawanan bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas jaringan di awal suku pertama.

Namun, Terengganu mula menguasai permainan dengan memanfaatkan Super Shot Time secara efektif untuk menjarakkan kedudukan.

Memasuki suku kedua, GS Marvels, Maisarah terus menambah jaringan untuk memastikan momentum kekal memihak pasukannya.

Sekali lagi, Marvels menggunakan kelebihan Super Shot Time untuk menjarakkan kedudukan dengan lebih selesa.

Suku ketiga menyaksikan Perak Phoenix cuba bangkit, namun usaha mereka terus dipatahkan oleh pertahanan kemas Marvels.

Sebaliknya, Terengganu terus garang dengan serangan lebih tersusun serta barisan pertahanan yang lebih disiplin.

Memasuki suku terakhir, harapan Perak semakin pudar. Walaupun Super Shot Time tidak memberikan banyak tambahan mata, Marvels kekal konsisten untuk menutup perlawanan dengan kemenangan besar.

Kemenangan Terengganu Marvels bukan sahaja memberi isyarat awal kekuatan mereka musim ini, malah menunjukkan betapa pentingnya kombinasi pemain tempatan dan import dalam membentuk pasukan kompetitif.

Topik Berkaitan

Must Watch Video