Skip to main content

Bola Jaring

CelcomDigi NSL: Melaka Mystic cipta 'comeback', raih kemenangan sulung liga

CelcomDigi NSL: Melaka Mystic cipta 'comeback', raih kemenangan sulung liga

CelcomDigi Netball Super League (NSL) 2026 saingan hari kedua dimulakan dengan pertembungan dua pasukan yang langkah kiri aksi pembukaan pada sabtu - Melaka Mystic dan Pahang Tulips dengan kedua-dua pasukan memerlukan 'redemption winning' dalam menyaingi cabaran NSL regular season.

Biarpun masih belum sepenuhnya cergas di sebalik saingan hebat dihadapi mereka pada sabtu - kedua-dua pasukan ini kekal bersemangat dengan motivasi cukup luar biasa apabila perlawanan berlangsung cukup sengit menerusi situasi 'net to net' seawal suku pertama.

Advertisement

Dan scenario tersebut kekal berlarutan menuju ke suku kedua dengan kedua-dua pasukan saling mengejar mata dalam merekodkan kemenangan sulung untuk aksi separuh masa pertama memihak Mystics 24-22.

Namun Tulips terus ghairah mengejar dengan kembali memimpin permainan hasil kelebihan tipis di suku ketiga 35-37.

Tetap segalanya berubah pada lima minit terakhir di suku keempat apabila situasi tegang menyelubungi kempen kedua-dua pasukan namun supershot Thandazile Ndhlovu jadi pemisah kepada kisah 'comeback' Mystic yang akhirnya menang aksi kedua liga menerusi kemenangan 55 berbalas 50.
 

Topik Berkaitan

Must Watch Video