Pertukaran dilakukan jurulatih Jewels, Jane Searle membabitkan posisi GS, WA & GD undang keputusan positif buat Johor Jewels yang terlalu ampuh untuk ditumbangkan.
Pasukan dari selatan tanah air itu terus merekodkan pencapaian positif dengan terbaru menewaskan Selangor Angels dengan jurang cukup besar - 73 berbalas 33.
Advertisement
Mempertaruhkan khidmat Putri Intan Balqis di bahagian jaringan, posisi tersebut terus berjaya sumbang mata demi mata sehingga selesa mendahului 43-21 di suku pertama dan kedua.
Kemasukan pemain senior An Najwa, Pow Mei Foong juga Syafazliana terus ubah rentak permainan Jewels yang kekal agresif dengan jauh meninggalkan Angels.
Namun suatu tidak terjangka berlaku di kem Angels di mana pemain import mereka, Onalenna Mbali alami kecederaan dan terpaksa dikeluarkan dengan situasi ini merencatkan permainan Angels.
Dan ini beri ruang buat gandingan luar biasa Laura Langman juga Gretel Bueta terus cetus fenomena menerusi aura luar biasa untuk Jewels sah merekodkan kemenangan kedua berturut-turut saingan regular season minggu pertama