Skip to main content

Tenis

Carlos Alcaraz perlukan 50 minit untuk rangkul gelaran ATP ke-26

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

radci

'50 minit untuk gelaran ATP ke-26!'

Itulah tempoh yang diperlukan pemain muda Sepanyol, Carlos Alcaraz, yang terus menyala dengan deretan pencapaian membanggakan lebih-lebih lagi masih ampuh dengan siri kejuaraan sejak kalendar Jelajah ATP 2026 bermula.

Advertisement

Alcaraz mudah menewaskan cabaran Arthur Fils di final Terbuka Qatar menerusi kemenangan 6-2, 6-1 untuk rangkul gelaran ATP ke-26 dalam karier pada usia 22 tahun.

Alcaraz yang muncul pemain termuda untuk melengkapkan karier grand slam sempat berseloroh bahawa dia cukup dahagakan kemenangan dan terus bernafsu untuk lakar lebih banyak kejayaan.

 

 

 

 

Tambahnya lagi, perjalanan yang dilaluinya bukanlah mudah, namun persediaan fizikal dan mental banyak membantu selain sokongan pasukan yang sentiasa berada di belakangnya.

Namun pujian harus diberikan juga kepada Fils yang berjaya mara ke pentas final selepas kembali daripada rehat selama lapan bulan ekoran kecederaan belakang.

Must Watch Video