Skip to main content

Tenis

Carlos Alcaraz, Jannik Sinner mudah lepasi halangan pusingan kedua

tenis.

Menjelang kejohanan grand slam kedua tahun ini Terbuka Perancis, rancak berlangsung kejohanan gelanggang tanah liat di seluruh dunia dengan tumpuan kini terarah kepada Kejohanan Masters Monte Carlo berstatus ATP 1000 di mana dua pilihan utama kejohanan, Carlos Alcaraz Garfia juga Jannik Sinner mudah tepati ramalan.

Alcaraz yang turun selaku pilihan utama kejohanan dengan status juara bertahan tiada masalah untuk meneruskan cabaran ke pusingan 16 terbaik selepas mengatasi saingan Sebastian Baez dari Argentina.

Advertisement

Biarpun luka kekalahan dua kejohanan ATP sebelum ini masih berbekas di hati Alcaraz, namun penerus legasi Rafael Nadal ini tetap unggul dalam aksi gelanggang tanah liat menerusi kemaraan 6-1, 6-3.

Turut raih keputusan positif di pusingan kedua ini ialah pilihan kedua kejohanan, Jannik Sinner yang mudah atasi cabaran pemain Perancis, Ugo Humbert.

Sinner yang masih segar dengan dua gelaran berturut-turut sebelum ini impi ulangi magis sama di Monte Carlo.

Hasilnya, pemain Itali ini mara dengan kemenangan mudah 6-3, 6-0 sekaligus di landasan tepat untuk meneruskan hasrat raih gelaran ATP ketiga musim ini.

Topik Berkaitan

Must Watch Video