Skip to main content

Advertisement

Rencana

Carlos Alcaraz Buktikan Lagi Kenapa Digelar “Gentleman”

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Carlos Alcaraz Buktikan Lagi Kenapa Digelar “Gentleman”

Pemain tenis nombor satu dunia Carlos Alcaraz kerap dilabel “gentleman” kerana sifatnya yang mesra dan tidak sombong kepada peminat.

Sifatnya cukup disenangi di atas dan luar gelanggang malah pada tahun 2025, Carlitos diberi anugerah ATP Stefan Edberg Sportsmanship Award kerana menjadi contoh yang baik dalam komuniti sukan tenis, mesra dan menghormati pihak lawan.

Advertisement

“Class act” Carlitos ditonjolkan lagi dalam aksi suku akhir Terbuka Australia 2025 ketika bertemu Alex de Minaur.

Umpire memberikan amaran “time violation” kepada de Minaur, dan pada raut wajah pemain Australia tu, amaran tersebut bersifat tidak adil.

Sedar akan ketidak adilan yang sedang berlaku, Carlos Alcaraz pantas menjawab “I wasn’t ready” kepada umpire tersebut, untuk memberitahu bahawa tiada kesalahan dilakukan oleh lawannya itu.

Reaksi pantas Carlos Alcaraz itu mendapat sambutan daripada penonton di Rod Laver Arena, sekali lagi menambahkan koleksi “gentleman moments” pemain Sepanyol itu.

Perlawanan itu berakhir dengan kemenangan 7-5, 6-2, 6-1 berpihak kepada the gentleman.

Seterusnya di pusingan separuh akhir, Alcaraz akan bertemu Alexender Zverev.

Topik Berkaitan

Must Watch Video