Skip to main content

Berbasikal

Cahya Mata: Platform berbasikal negara wanita tingkat prestasi

j

Jaguh berbasikal trek negara, Nurul Izzah Izzati Asri, melihat penyertaan dalam pasukan berbasikal trek profesional sebagai peluang baru.

Dengan kerjasama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Izzah Izzati akan mewakili Team Cahya Mata bersama tiga lagi rakan sepasukan, iaitu Aliana Azizan, Anis Rosidi dan Amber Yong.

Inisiatif sokongan Cahya Mata ini adalah untuk menyertai lebih banyak perlumbaan berkualiti tinggi di luar negara dengan visi mempersiapkan mereka ke temasya besar seperti Sukan Komanwel, Sukan Asia dan juga Sukan Olimpik 2028.

"Terima kasih kepada Cahya Mata atas peluang perlumbaan buat kami.

"Saya dan rakan sepasukan berpeluang menimba pengalaman dan menjadi lebih baik.

"Ia menuntut kami untuk terus bekerja keras," katanya.

Sementara itu, Pengarah Teknikal PKBM, John Beasley, menganggap ini sebagai satu inisiatif kerjasama yang sangat baik apabila ia dapat menjadi titik tambah kepada pembangunan pelumba dengan lebih banyak pengalaman dapat diraih mereka dengan banyak perlumbaan.

(Program) sebegini memberi ruang buat pelumba wanita untuk berkembang.

"(Pengalaman) taktikal dan perlumbaan tidak dapat belajar daripada latihan sahaja.

"Kerjasama amat istimewa dan kami mahu menjayakannya," katanya.

Must Watch Video