Skip to main content

Boling Padang

Cabaran bergelar atlet-pelajar berakhir dengan penutup indah buat Aleena Nawawi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Cabaran bergelar atlet-pelajar berakhir dengan penutup indah buat Aleena Nawawi

Jaguh boling padang negara, Aleena Ahmad Nawawi, berjaya menamatkan pengajian Sarjana Muda Sains Sukan (Kepujian) di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-103.

Alena yang dikenali sebagai antara aset berharga kem boling padang negara menerima skrol graduasi dalam suasana penuh penghargaan sambil disaksikan ahli keluarga, pensyarah serta rakan-rakan fakulti yang turut bangga dengan pencapaiannya.

Advertisement

Cabaran membahagikan masa antara akademik dan kerjaya sebagai atlet bukanlah mudah lebih-lebih lagi perlu menyertai kejohanan di peringkat antarabangsa, namun bagi Aleena fokus serta disiplin tinggi menjadi kunci utama dalam memastikan beliau berjaya memberikan seratus peratus komitmen dalam kedua-dua bidang.

Aleena turut menzahirkan penghargaan kepada para pensyarah FSR yang memahami statusnya selaku atlet sepenuh masa, serta rakan-rakan yang menjadi tulang belakang sepanjang perjuangannya sebagai pelajar di UiTM.

Aleena merupakan contoh dan simbol inspirasi kepada generasi muda serta jadi kebangaan kepada UiTM serta Malaysia.

Selepas ini, Aleena akan memberikan fokus sepenuhnya dalma persiapan menghadapi Kejohanan Boling Padang Asia 2026 di India pada april sebelum mempersiapkan diri bagi berdepan temasya Sukan Komanwel 2026 di Glasgow pada Ogos.

Tahniah Aleena.

Must Watch Video