Kejohanan Badminton Seluruh England bakal hilang kemeriahan?
Umum mengetahui bahawa Seluruh England merupakan empat kejohanan bertaraf super 1000 selain Terbuka Malaysia, Terbuka Indonesia dan Terbuka China di bawah penganjuran Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Advertisement
Sudah pasti, pertandingan dengan status tertinggi menawarkan hadiah paling lumayan dan setiap pemain berebut untuk mengecapi gelaran setiap daripada empat kejohanan tersebut.
Menurut sumber, Seluruh England berpotensi diturunkan 'pangkat' berikutan kekurangan dana untuk menganjurkan kejohanan, termasuk penyediaan hadiah kemenangan dan lain-lain aspek.
Namun, tiada pengesahan rasmi daripada pihak berwajib berkenaan berita tersebut, dan ia kekal menjadi khabar angin.
Untuk rekod, ia merupakan kejohanan tertua dalam kalender siri jelajah BWF.
Pengerusi Jawatankuasa Prestasi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Lee Chong Wei (2010, 2011, 2014, 2017), termasuk Hafiz Hashim (2003) wakil negara yang pernah memenangi Selurung England.
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Lee Zii Jia, merupakan pemenang terakhir dari Malaysia yang merangkul kejuaraan pada 2021.