Skip to main content

Bola Sepak

Bukit Sematan, Pulau Sumatera, Gunung Selindung, di Kota Jawa...

Pawi

Alunan yang begitu dekat di hati setiap anak Sarawak. Irama yang membangkitkan semangat, menyatukan jiwa dan meniupkan rasa bangga terhadap Bumi Kenyalang.

Semangat itulah yang kini mula diterjemahkan oleh Kuching City. Kehadiran pemain-pemain berkualiti seperti Safawi Rasid dan Nazmi Faiz menjadi gambaran jelas bahawa pasukan ini hadir dengan azam untuk melangkah lebih jauh pada musim baharu.

Tidak terhenti di situ, malah pertahanan bekas Harimau Muda berpengalaman, Irfan Zakaria, turut ditagih bagi membantu The Cats merealisasikan misi lebih-lebih lagi dalam Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) musim hadapan.

Selepas dua musim hebat bersama Penang, kini Dylan Wenzel-Halls menjadi rekrut terbaru naib juara Liga Super itu bagi menghadapi pancaroba 2026/27. Ini termasuk dengan import yang baru ditandatangani khas dari Jepun, Kaishu Yamazaki, memperkuat skuad kendalian Aidil Sharin Sahak.

Di sebalik pembentukan pasukan yang semakin mantap, sentuhan kepimpinan presiden kelab, wajar diberikan penghargaan. Keberanian membuat perancangan awal, keyakinan membawa masuk pemain berpengalaman dan usaha memperkukuh setiap aspek pasukan mencerminkan visi besar untuk mengangkat Kuching City sebagai antara pencabar yang disegani dalam Liga Super.

Namun, sebesar mana peranan pengurusan, kekuatan sebenar Kuching City tetap terletak pada penyokongnya. 

Andai Stadium Negeri Sarawak bergema dengan laungan dan semangat "Agi Hidup Agi Ngelaban", pastinya ia menjadi pembakar semangat buat setiap pemain yang menyarung jersi hijau putih.

Musim ini bukan sekadar tentang memburu mata, tetapi tentang membina sebuah legasi. Semoga dengan kepimpinan Datuk Ir. Fazzrudin Abdul Rahman, sokongan padu penyokong dan semangat juang para pemain, Kuching City FC mampu melakar sejarah yang akan terus dikenang oleh seluruh rakyat Sarawak.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video