Skip to main content

Bola Sepak

Bukan saja untuk Portugal, tapi untuk Cristiano -- Bruno Fernandes sasar trofi Piala Dunia bersama Ronaldo

ro

Perancang tengah Manchester United, Bruno Fernandes, berkongsikan harapan untuk merangkul trofi Piala Dunia terakhirnya bersama Cristiano Ronaldo dan menjelaskan ia akan menjadi detik 'menakjubkan' dalam karier bola sepaknya jika perkara itu menjadi kenyataan.

Pemain kebangsaan Portugal itu berharap bukan sahaja memenangi gelaran itu buat negaranya, tetapi buat apa yang telah diberikan oleh Ronaldo sepanjang kariernya kepada sukan bola sepak.

Advertisement

"Melengkapkan semua koleksi dengan Piala Dunia terakhir ini dengan kemenangan bersama Cristiano Ronaldo akan menjadi sesuatu yang menakjubkan.

 

 

 

"Saya sangat berharap kami boleh melakukannya, bukan hanya untuk Portugal, tetapi untuk semua yang Cristiano telah berikan kepada bola sepak dan dunia." katanya.

Saingan Piala Dunia 2026 berpotensi menjadi pentas terakhir buat Bruno Fernandes susulan pada saingan Piala Dunia akan datang menyaksikan dia akan mencecah usia 36 tahun.
 

Must Watch Video