Skip to main content

Bola Sepak

Bukan kerja saya cari alasan, kata Slot selepas Liverpool tewas 10 perlawanan dalam saingan liga

arne

Pengurus Liverpool, Arne Slot, mengakui pasukannya banyak kehilangan mata selepas tewas tipis kepada Brighton dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Hill Dickinson, awal pagi tadi.

Malah, jurulatih berusia 47 tahun itu turut menjelaskan buat tugasannya untuk mencari alasan susulan keputusan tidak berpihak kepada The Reds itu.

Advertisement

"Sangat jelas kami kehilangan banyak mata, saya telah cuba menjelaskan banyak kali mengapa perkara ini berlaku tetapi hari ini kami perlu memberikan penghargaan kepada Brighton. Dalam babak kedua, mereka beraksi dengan lebih baik.

 

 

 

 

"Saya boleh memberitahu anda mengapa kami tewas 10 kali, bolos minit akhir, hari ini meringkaskan semuanya dengan situasi kecederaan.

"Bukan tugas saya untuk cari alasan, tugas saya adalah untuk mencari jawatapn dan itu yang saya cuba cari. Ia bukan aksi yang buruk dalam 45 minit pertama." katanya.

Keputusan itu menyaksikan kali pertama Liverpool tewas 10 perlawanan dalam kempen liga dalam satu musim sejak kempen EPL pada 2015/16.

Must Watch Video