Skip to main content

Bola Sepak

Bukan gaji, tetapi pusat terapi autisme keutamaan Marc Cucurella sebelum sertai Real Madrid

Bukan gaji, tetapi pusat terapi autisme keutamaan Marc Cucurella sebelum sertai Real Madrid

Pertahanan Sepanyol, Marc Cucurella, mendedahkan kebajikan anak sulungnya merupakan invididu autisme menjadi faktor utama dalam setiap keputusan berkaitan kariernya, termasuk perpindahan ke Real Madrid pada jendela perpindahan musim panas ini.

Pemain berusia 28 tahun itu berkata perkara pertama yang akan dinilainya apabila menerima tawaran daripada mana-mana kelab bukanlah soal kontrak atau peluang memenangi trofi, sebaliknya kemudahan pendidikan dan rawatan untuk anaknya, Mateo.

Menurut Cucurella, dia memastikan lokasi baharu mempunyai sekolah khas serta pusat terapi yang sesuai bagi membantu perkembangan anaknya sebelum membuat sebarang keputusan mengenai perpindahan.

Baginya, setiap perkembangan kecil yang dicapai Mateo jauh lebih bermakna daripada kejayaan yang diraih di atas padang.

Cucurella mula berkongsi secara terbuka mengenai diagnosis autisme anaknya tahun lalu, sambil mengakui beliau dan keluarganya melalui detik-detik sukar, terutama ketika menghantar Mateo ke sekolah di England.

Namun, dia percaya berkongsi pengalaman tersebut dapat membantu meningkatkan kesedaran masyarakat serta memberi sokongan kepada keluarga lain yang berdepan situasi sama.

“Saya berharap apabila saya bercakap mengenainya, lebih ramai ibu bapa akan tahu bahawa mereka tidak bersendirian,” katanya dalam temu bual.

Tindakan Cucurella meletakkan keperluan keluarga sebagai keutamaan menerima pujian ramai penyokong di media sosial, yang menyifatkannya sebagai contoh seorang bapa yang bertanggungjawab.

Walaupun ada yang berpendapat kemudahan di Madrid sememangnya mampu memenuhi keperluan tersebut, ramai melihat keputusan Cucurella sebagai bukti bahawa kejayaan dalam bola sepak tidak pernah mengatasi tanggungjawab terhadap keluarga.

Kisah Cucurella turut membuka ruang perbincangan lebih luas mengenai kepentingan sokongan pendidikan, terapi dan perkhidmatan intervensi awal untuk kanak-kanak autisme, selain mengingatkan bahawa di sebalik kehidupan glamor seorang bintang bola sepak, mereka juga berdepan cabaran kehidupan seperti keluarga lain.

Anda mungkin berminat dengan

New Balance 1000 - Grey

New Balance 1000 - Grey

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Must Watch Video