Skip to main content
Advertisement

Bola Sepak

'Budak sekolah' cipta sejarah baru EPL selepas Arsenal juara

Max
Advertisement

Musim penuh cemerlang buat para pemain apabila Arsenal akhirnya dinobatkan selaku juara Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama sejak 22 tahun apabila Manchester City gagal meraih kemenangan ke atas Bournemouth pada Rabu lalu.

Ia, sekali gus menamatkan penantian buat penyokong The Gunners yang menunggu sejak musim 2003/04 apabila akhirnya Mikel Arteta berjaya memecahkan kebuntuan tersebut pada musim ini.

Advertisement

Di sebalik kejayaan manis itu, terdapat satu lagi pencapaian membanggakan.

Tahukah anda? Pemain tengah kebangsaan bawah 19 tahun (B-19) England, Max Dowman, merupakan pemegang rekod termuda menjuarai liga berprestij itu.

Advertisement

Dia akan berusia 16 tahun 144 hari pada esok, menewaskan pemegang lalu, Phil Foden, dari Manchester City.

Dowman akan menerima salah satu daripada 40 pingat peringatan yang diberikan kepada juara EPL itu, kerana telah membuat lebih daripada minimum lima penampilan liga sepanjang musim ini.

Selain Foden, Rico Lewis, Brahim Diaz, Gael Clichy dan Rafael da Silva berusia 18 tahun ketika mereka menjuarai EPL bersama kelab masing-masing.

Must Watch Video