Skip to main content

Bola Sepak

Bryan Mbeumo pemain Manchester United pertama ledak gol lawan Arsenal, City, Liverpool sejak Rashford

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

brayn

Bryan Mbeumo mencipta sensasi tersendiri selepas menjadi pemain Manchester United pertama yang mencipta jaringan ketika berdepan Arsenal, Manchester City dan Liverpool dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kali terakhir pemain yang menyarung jersi United melakukan rekod itu adalah menerusi Marcus Rashford pada musim 2022/23.

Advertisement

Pemain kelahiran Camroon berusia 26 tahun itu menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-37 buat The Red Devils dalam aksi di Stadium Emirates, awal pagi tadi.

 

 

 

 

Fakta itu disahkan Liga Perdana Inggeris (EPL) menerusi laman media sosial hari ini.

Untuk rekod, Mbeumo telah mencipta tujuh jaringan dan satu bantuan jaringan daripada 7 penampilan bersama United.

Must Watch Video