Skip to main content

SUKMA

Brunei sah sertai SUKMA Selangor 2026

aa

Negara Brunei Darussalam bersetuju untuk menghantar kontinjen menyertai SUKMA XXII Selangor yang akan berlangsung dari 15hb hingga 24hb Ogos 2026 di Selangor. 

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi berkata pengesahan itu dibuat ketika kunjungan hormat beliau ke atas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei Pengiran Dato Seri Setia Shamhary Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha di sini hari ini. 

“Brunei bersetuju menghantar sejumlah atlet mereka untuk ke Sukma Selangor nanti, sebagai simbol hubungan persahabatan yang terjalin erat dan menyokong usaha dalam pembangunan atlet muda di kedua-dua buah negara secara amnya,” katanya 

“Saya ingin mengucapkan setinggi tinggi terima kasih kepada YB Pengiran Dato Seri Setia Shamhary kerana menyokong kita sekaligus melengkapkan penyertaan 15 kontinjen pada SUKMA Selangor kali ini, “tambahnya.

 Turut hadir pada kunjungan hormat itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat SUKMA XXII & Para SUKMA Selangor, Dato’ Mohd Yazid Sairi dan Ketua Pegawai Operasi Sekretariat, Mohamad Nizam Marjugi.  

 Tambah Najwan penyertaan kontinjen Brunei sebagai kontinjen jemputan pastinya akan dapat menyumbang kepada peningkatan mutu pertandingan, pengukuhan hubungan persahabatan dan kerjasama serantau selain menyemarakkan lagi semangat muhibah yang telah lama terjalin. 

Untuk rekod, kontinjen Brunei meraih satu pingat emas daripada acara Wushu ketika SUKMA di Sarawak pada 2024 manakala pada edisi 2022 di Kuala Lumpur, Brunei berjaya menamatkan kempen SUKMA dengan pungutan 2 perak dan 2 gangsa. 

Sejumlah 469 acara daripada 37 jenis sukan akan dipertandingkan pada SUKMA XXII Selangor 2026 yang akan berlangsung dari 15-24 Ogos 2026, manakala PARA SUKMA membabitkan 10 jenis sukan dan hampir 300 acara dari 5-10 September 2026.

Sebanyak 52 venue pertandingan melibatkan sembilan daerah akan digunakan sebagai gelanggang pertandingan yang membabitkan 12 pihak berkuasa tempatan (PBT), institusi pengajian tinggi awam dan swasta, agensi-agensi kerajaan dan swasta serta Velodrom Nasional di Negeri Sembilan. 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Related Topics

Must Watch Video