Skip to main content

Olahraga

Brigid Kosgei pecah rekod baru di Tokyo Marathon

kosgei

Pelari Kenya yang juga pemenang pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2021, Brigid Kosgei, muncul juara bagi kejohanan pembukaan kalendar maraton dunia dengan catatan 2 jam 12 minit 29 saat, 2 minit lebih awal berbanding pemenang tempat kedua dari Ethiopia, Bertukan Welde.

Lebih manis kejayaan Kosgei ini turut mengukir rekod baru di Tokyo Marathon apabila berjaya memadam catatan sebelum ini diraih pemenang dua kali kejohanan, Sutume Asefa Kebede pada 2024.

Advertisement

Catatan ini merupakan rekod yang dilakar bagi laluan baru yang mula diperkenalkan pada 2017 bermula dari Tocho dan berakhir di Tokyo Station.

Kosgei yang bakal menyertai kontinjen Turkiye di temasya Sukan Olimpik Los Angeles 2028 bersedia untuk meneruskan rentak positif ini dalam baki 6 saingan major tahun ini dengan seterusnya berlangsung di Amerika Syarikat menerusi acara Boston Marathon pada penghujung April ini.

Sementara bagi kategori lelaki, pelari Ethiopia, Tadese Takele berjaya mempertahankan gelaran di Tokyo dalam persaingan cukup sengit berdepan dua pelari Kenya - Geoffrey Toroitich dan Alexander Mutiso Munyao.

Takele mencatat 2 jam 3 minit 37 saat hanya beberapa milisaat di depan Toroitich.

 

Must Watch Video