Skip to main content

Bola Sepak

Brazil bakal gegar Asia Tenggara November ini!

Brazil bakal gegar Asia Tenggara November ini!

Stadium Nasional Kallang bakal menjadi pentas tumpuan dunia apabila Brazil turun beraksi di Singapura menerusi edisi sulung Mizuho Blue Challenge November ini.

Bukan Brazil sahaja, kejohanan itu turut menghimpunkan Jepun, Paraguay dan tuan rumah Singapura dalam saingan empat negara yang berlangsung pada 13, 14 dan 17 November.

Singapura membuka tirai menentang Paraguay sebelum berdepan Brazil, manakala Jepun turut dijadualkan bertemu Brazil dalam aksi ulangan selepas pertemuan mereka pada Piala Dunia baru-baru ini.

Jepun kemudiannya akan menentang Paraguay dalam satu lagi perlawanan.

Bagi Singapura, peluang berdepan Brazil dan Paraguay menjadi medan terbaik untuk menguji kemampuan skuad negara menentang lawan berprofil tinggi, selain membuat persiapan menghadapi Piala Asia AFC 2027.

Ketua jurulatih Singapura, Gavin Lee, menyifatkan siri perlawanan itu sebagai peluang yang amat bernilai untuk pasukannya menguji tahap sebenar mereka serta mengenal pasti ruang yang perlu diperbaiki.

Lebih menarik, kejohanan itu turut menjadi sebahagian daripada sambutan 60 tahun hubungan Singapura-Jepun.

Tiket bagi perlawanan pembukaan bermula serendah SGD28 (RM89) dan mula dijual 4 September.

Dengan Brazil menjadi antara tarikan utama, Kallang dijangka bergema dengan sorakan peminat apabila salah satu kuasa besar bola sepak dunia membuat penampilan di bumi Singapura November ini.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement