Nama bekas pemain Central Coast Mariners, Brad Tapp, ketika ini difahamkan bakal menjadikan milik Johor Darul Ta'zim (JDT) sebagai destinasi terbarunya.
Kontrak pemain berusia 25 tahun itu akan berakhir pada penghujung musim ini dengan Central Coast turut telah mengesahkan Tapp akan meninggalkan pasukan selepas kontraknya tamat.
Advertisement
"Central Coast Mariners hari ini mengesahkan bahawa Bradley Tapp akan meninggalkan kelab pada akhir musim ini, setelah kontraknya tamat.
Central Coast Mariners posted a farewell 🇦🇺 Brad Tapp, Australian defensive midfielder, after the end of his contract
Will he head to JDT? 🤔
📷 : CCM#ALeagueMen #CCM #LigaSuper #JDT #BradTapp#SNESports#LifeTelco pic.twitter.com/3whbYfYxLE— SNE Sports (@SNE_Sports) April 24, 2026
"Tapp akan meneruskan kerjaya di luar negara, selepas tempoh tujuh tahun yang cemerlang di Coast." ujar kenyaaan rasmi kelab.
Untuk rekod, Tapp mampu beraksi di posisi tengah dan pertahanan telah melakukan 60 penampilan bersama Central Coast Mariners dengan merekodkan satu gol dan tiga bantuan jaringan selain turut beraksi di pentas ACLE.