Skip to main content

MotoGP

Bos Yamaha mula muak dengan perangai Quantararo

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

MotoGP

Kritikan berterusan pelumba MotoGP, Fabio Quantararo, terhadap jentera yang digunakan ketika ini mengundang rasa tidak puas hati pasukan Yamaha.

Terbaharu, Pengarah Perlumbaan MotoGP Yamaha, Paolo Pavesio, menzahirkan rasa muak terhadap perangai Quantararo yang disifatkan tidak langsung membantu pasukan itu.

Advertisement

“Sebagai seorang manusia, saya faham dengan kekecewaan Fabio (Quartararo), tetapi kita semua adalah profesional dan mengharungi cabaran ini bersama. Dia juga menerima tawaran untuk terus bersama dengan kami.

“Sepanjang 2025, dia bermula di petak hadapan sebanyak lima kali dan itu membuktikan bahawa jentera cukup laju. Membuat kritikan secara terbuka sebenarnya tidak membantu pasukan,” katanya.

Jentera YZR-M1 jelasnya berada pada prestasi yang baik seperti mana yang dijangkakan oleh pasukan Yamaha sebelum ini.

Tambahnya, selebihnya adalah terpulang kepada kemampuan yang dimiliki oleh pelumba itu sendiri untuk menyesuaikan diri dengan segala aspek teknikal yang ada pada jentera.

“Kami yakin dan komited untuk membina jentera yang boleh memastikan Fabio terus kekal. Orang cakap kami semakin berundur, itu tidak benar kerana kami ada Sang Juara yang terus menjadi elemen penting dalam projek Yamaha,” ujar Pavesio.

Must Watch Video