Skip to main content

Ragbi

BORNEO 7S 2026: 16 PASUKAN, LAPAN NEGARA DAN LEGASI KEMAMPANAN UNTUK SANDAKAN

BORNEO 7S 2026: 16 PASUKAN, LAPAN NEGARA DAN LEGASI KEMAMPANAN UNTUK SANDAKAN

SANDAKAN, 27 Mac 2026 – Kejohanan Ragbi Borneo 7s akan kembali pada 11 dan 12 April 2026 dengan penyertaan 16 pasukan dari lapan negara yang akan bersaing dalam kategori lelaki dan wanita.

Dianjurkan oleh Eagles Rugby Club, edisi 2026 akan kembali berlangsung di Home of the Eagles, dengan penyertaan kelab dari Malaysia, Australia, Belgium, Filipina, Singapura, Indonesia, Kazakhstan dan Uzbekistan.

Advertisement

Presiden Eagles Rugby Club, Velayuthan Tan (Vela) berkata, “Kejohanan ini meletakkan Sandakan di peta ragbi serantau dan memberi peluang kepada atlet muda untuk bersaing dengan pasukan antarabangsa.”

“Penyertaan bakat dari seluruh dunia memberi sesuatu yang dinanti-nantikan oleh komuniti tempatan. Ia bukan sahaja meningkatkan standard ragbi tempatan, malah memberi pendedahan kepada bakat tempatan untuk beraksi di peringkat yang lebih tinggi. Ini akan memberi inspirasi kepada atlet muda untuk menceburi sukan ini, bukan sahaja dalam komuniti ini tetapi juga di seluruh Sabah dan Malaysia.”

Dengan penyertaan pasukan dari Eropah, Asia Tengah, Australia dan rantau ASEAN, kejohanan ini dijangka menarik peminat ragbi serta pelancong sukan dari seluruh dunia seperti yang berlaku pada edisi-edisi terdahulu.

Perlawanan akan berlangsung sepanjang dua hari di Eagles Rugby Club Stadium dengan aksi ragbi tujuh sebelah yang pantas daripada beberapa kelab dan pasukan kebangsaan terkuat di rantau Asia Pasifik dan juga antarabangsa.

THE GREENEST 7S IN THE WORLD

Borneo 7s menekankan komitmennya terhadap kelestarian melalui tindakan. Kelab ini bersama Jabatan Perhutanan Negeri Sabah, penaja, pemain terpilih serta pemimpin komuniti akan melaksanakan inisiatif penanaman pokok sebagai sebahagian daripada program legasi hijau kejohanan ini, selaras dengan salah satu tonggak ESG yang telah diperkenalkan oleh kelab tersebut sejak beberapa tahun lalu.

Inisiatif ini menghimpunkan Eagles Rugby Club, Majlis Perbandaran tempatan, Jabatan Perhutanan Negeri Sabah, penaja acara serta pemimpin komuniti dalam usaha bersama mempromosikan pemeliharaan alam sekitar.

“Borneo 7s dibina atas tiga perkara utama: ragbi kompetitif, kepentingan penglibatan komuniti dan komitmen sebenar terhadap alam sekitar kerana legasi hijau adalah sama penting bagi kami seperti keputusan akhir perlawanan,” tambah Vela.

PASUKAN YANG MENYERTAI

Kategori Lelaki:

Nationwide Nadi 7s (Australia)
Borneo Eagles (Malaysia)
Malaysia Unis (Malaysia)
Malaysia 7s (Malaysia)
Fizzapapa’s Belgium Rugby 7s (Belgium)
DKI Jakarta (Indonesia)
Kazakhstan Rugby
Uzbekistan Rugby
Serta beberapa pasukan tambahan yang akan diumumkan kemudian.

Kategori Wanita:
Borneo Flyers (Malaysia)
Eagles Select (Philippines)
BAC Singapore (Singapore)
DKI Jakarta (Indonesia)
Kazakhstan Rugby
Uzbekistan Rugby
Serta beberapa pasukan tambahan yang akan diumumkan kemudian.

MAKLUMAT KEJOHANAN
Tarikh: 11–12 April 2026 (Jumaat–Sabtu)
Lokasi: Eagles Rugby Club Stadium, Sandakan, Sabah
Kategori: Lelaki dan Wanita
Hashtags: #BORNEO7S #greenest7s #RUGBYWITHPURPOSE

Topik Berkaitan

Must Watch Video