Skip to main content

Boling

Boling Tenpin Piala Dunia: AS sekat hajat emas berpasukan wanita negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

boling tenpin

Hasrat kem boling tenpin negara untuk membutirkan pingat emas pertama dalam Kejohanan Dunia Hong Jong tidak kesampaian selepas wakil berpasukan wanita dikecewakan Amerika Syarikat dalam game penentuan.

Oasukan berpasukan wanita negara yang diwakili Natasha Roslan, Sin Li Jane, Siti Safiyah Amirah, Gillian Lim, Nora Lyana Nastasia dan Adelia Nur Irwan bermula baik dalam game pertama yang menyaksikan mereka mendahului permainan dengan 191 jatuhan pin berbanding lawan, 179 jatuhan pin.

Advertisement

AS bangkit memperkemaskan aksi dalam game seterusnya bagi mengheret permainan ke game hasil keputusan 200 berbalas 159 jatuhan pin.

Mereka bersaing sengit pada awalnya sebelum sedikit kesilapan mudah dimanfaatkan AS untuk keputusan 199 jatuhan pin berbanding Malaysia dengan 185 jatuhan pin.

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video