Skip to main content

Boling Padang

Boling Padang Kebangsaan: Kebangkitan Syafiqa-Ain Nurnajwa nafi kemenangan gandingan senior

S

Kebangkitan epik berlaku dalam Kejohanan Boling Padang Singles dan Pairs Kebangsaan 2026 menerusi acara pairs wanita apabila gandingan Perlis, Syafiqa Haidar dan Ain Nurnajwa, bangkit pada penghujung end set pertama untuk menafikan kemenangan buat gandingan senior, Emma Firyana Saroji-Siti Zalina Ahmad.

Disebalik kemenangan dramatik tersebut, hakikatnya, permainan Syafiqa-Ain Nur Najwa tidak berada seperti yang dimahukan.

Malah, gandingan dari Perlis iaitu Syafikah dan Ain Nurnajwa yang merupakan anak kepada bekas pemain boling padang, Noraswati Wahab itu ketinggalan 1-6 dalam 3 end pertama permainan.

Namun, keserasian kombinasi Syafiqa dan Ain Nur Najwa terserlah apabila melakar kebangkitan menakjubkan untuk menutup aksi pertama dengan kemenangan 7-6.

Sejak pada itu, momentum memihak Syafiqa dan Ain Nurnajwa untuk terus mendominasi permainan di set kedua hasil kemenangan 7-0 sekali gus mara ke pentas final.

"Jika diikutkan Siti Zalina memang inspirasi, kami ketinggalan pada awal, memang nama besar dan senior. Jika mahu tenang set kedua, set pertama perlu menang jadi kami kejar semula.

"Jika menang set pertama, set kedua lebih tenang. Rakan-rakan ada yang sudah tersingkir, jadi kami perlu jadi wakil juga untuk ke final." katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video