Skip to main content

Boling Padang

Boling Padang Kebangsaan: Idham Amin puas hati prestasi semasa meski terlepas pertahan gelaran

asa

Kejohanan Boling Padang Singles dan Pairs Kebangsaan 2026 memperlihatkan juara baru acara singles bakal ditabalkan apabila juara bertahan, idham amin ramlan, terpaksa akur tewas dalam peringkat separuh akhir hari ini.

Pertembungan epik tersebut melibatkan Idham bertemu juara singles kebangsaan edisi 2024, Muhammad Haiqal Azami yang berlarutan sehingga ke penentuan tie break.

Perlawanan tumpuan kejohanan kebangsaan acara singles menemukan juara bertahan ditentang hebat bekas juara.

Idham yang mewakili kem Terengganu memulakan saingan dengan langkah kanan apabila mengatur gerakan hasil leretan kemas dan tersusun.

Dia yang cukup terkenal dengan keupayaan delivery bowl serta 'draw in' yang menjadikan dirinya pemain disegani meskipun baru pulang dari Kejohanan Dunia dalam dewan di Australia mengekalkan momentum positif menerusi kemenangan di set pertama 4-3.

Namun, lain pula yang terjadi di set kedua apabila haiqal pantas mengeksploitasi kesilapan Idham, dengan senario itu bagaikan "peluang kedua" buat dirinya kembali relevan dalam pertembungi sengit ini.

Hasilnya, Haiqal mudah menumbangkan Idham dalam set kedua, dengan keputusan 5-1 sekali gus mengheret saingan ke penentuan tie break.

Meskipun dalam keadaan tekanan yang kuat, rezeki ternyata memihak Haiqal apabila mengesahkan kemenangan sekaligus layak ke pentas final.

"Saya cuba mempertahankan gelaran juara, untuk diri saya, keputusan ini saya berpuas hati. 10 aksi secara keseluruhan meskipun baru pulang daripada Kejohanan Dunia.

"Perasaan gugup semua pemain ada tetapi bergantung kepada pemain cara atasi, pusingan separuh akhir saya gugup lebih sedikit tetap mungkin tiada rezeki." kata Idham Amin Ramlan.

Must Watch Video