Ketua jurulatih boling padang negara, Fairul Izwan Abd Muin, menegaskan perkara pertama yang diterapkan dalam kem boling padang negara adalah aspek kecergasan.
Dia letak sasaran untuk muncul juara keseluruhan Kejohanan Boling Padang Jemputan 7 Negara bermula 15 hingga 18 Februari ini demi membutirkan misi emas dalam Sukan Komanwel Glasgow 2026.
Advertisement
Tambahnya, kem boling padang negara harus berwaspada dengan kekuatan New Zealand dan India yang makin menunjukkan peningkatan daripada segi corak permainan.
Bagaimanapun, persiapan rapi negara ketika ini dilihat berada di tahap terbaik dan bersedia sepenuhnya menghadapi kejohanan tersebut.
"Sebaik dilantik, saya tekankan tahap kecergasaan dengan mengadakan latihan di sebelah pagi agar mereka sentiasa bersedia dan cergas.
"Kami mahu menjadi juara keseluruhan Kejohanan Jemputan 7 Negara menerusi empat acara," katanya.