Kem negara memulakan perlawanan hari pertama Kejohanan Boling Padang 7 Negara dengan langkah kanan apabila majoriti permainan berakhir dengan keputusan positif.
Enam kemenangan daripada lapan aksi membuktikan atlet negara bersedia merealisasikan sasaran menjadi juara keseluruhan, sekali gus menjadi momentum terbaik menuju hari seterusnya.
Advertisement
Atlet boling padang lelaki negara tiada masalah, sebaliknya mudah untuk menewaskan ke semua wakil New Zealand bagi kedua-dua kategori.
Menerusi acara perseorangan, Izzat Shameer Dzulkeple menundukkan bekas pemain nombor satu dunia, Shannon Mcilroy 7-5, 12-0 manakala Aiden Takarua terpaksa akur tewas di tangan Idham Amin 8-6, 11-1.
"Saya mengenali lawan saya. Dia adalah Juara Dunia.
"Sedikit gemuruh pada awal permainan. Jadi, jurulatih meminta kami menukar jarak balingan.
"Satu kelebihan apabila dapat meletakkan jack sendiri seiring dengan sistem Komanwel.
"Jadi kami boleh berlatih terus dan bermain dengan jarak yang kami sukai," katanya.