Pairs lelaki pertama negara, Soufi Rosli, dan Amirul Danial, menyifatkan gandingan New Zealand, Camron Horo-Ali Forsyth, memberikan saingan sengit terhadap mereka sehingga terpaksa ke perlawanan tie break sebelum mengesahkan kemenangan dalam Kejohanan Boling Padang 7 Negara di Stadium Juara, Bukit Kiara hari ini.
Mengakui sedikit bimbang untuk berdepan salah satu pairs terbaik dunia, namun tetap berpuas hati apabila mampu mengawal perasaan tersebut daripada menggangu prestasi permainan mereka.
Advertisement
Ia sememangnya keputusan positif yang diharapkan untuk dijadikan pembakar semangat meneruskan rentak kemenangan pada perlawanan kedua peringkat kumpulan menentang Singapura esok.
"Pihak lawan merupakan nama besar dalam boling padang ini.
"Sukar disebabkan diri sendiri. Bagaimana kami ingin beradaptasi dalam set pertama.
"Kita perlu mengawal apa yang patut. Itu paling penting. Selepas itu boleh bermain dengan baik pada aksi berikutnya," kata Soufi.
Amirul Danial turut memaklumkan bahawa input berguna yang dicurahkan Soufi sejak mula digandingkan bersama tahun lalu banyak membantunya selain tahap keserasian kini semakin baik hari demi hari.
"Kami ada berbincang sebelum perlawanan.
"Alhamdulillah, apa yang dirancang mula membuahkan hasil dan tahap keserasian semakin tinggi," kata Amirul.