Dua kerja dalam satu masa dan dalam masa sama berusaha keras untuk boling tenpin Selangor.
Semangat dan kecintaan luar biasa yang ditunjukkan kapten boling tenpin pekak Selangor, Ahmad Zainurin Amat Jailani, terlahir daripada keinginannya sendiri untuk berbakti buat Selangor.
Walaupun melakukan dua pekerjaan untuk menampung kelangsungan hidup, malah Zainurin tidak melihat sebarang keterbatasan untuk dia mewakili negeri kesayangannya dalam Kejohanan Boling MSDeaf yang bermula Isnin depan.
"Saya memang bersemangat untuk mewakilio Negeri Selangor.
"Kami sudah mengadakan beberapa siri latihan dan ia ditingkatkan tiga bulan menjelang kejohanan," menurutnya.
Zainurin bersama rakan sepasukan sudah memulakan persediaan sejak tiga bulan lalu dengan harapan untuk memperbaiki pencapaian dalam kejohanan yang sama tahun lalu.
"Saya bekerja di bidang perhotelan dan e-hailing di samping keperluan mengikuti latihan," tambahnya.