Skip to main content

Sukan SEA

Bola Sepak Sukan SEA Thailand: Malaysia masih berpeluang ke separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Harimau Muda masih mempunyai peluang ke separuh akhir kejohanan Sukan SEA Thailand 2025, meskipun tewas di tangan Vietnam, 0-2 dalam perlawanan peringkat Kumpulan B semalam.

Skuad kendalian Nafuzi Zain itu kini mengesahkan tempat kedua Kumpulan B acara bola sepak lelaki Sukan SEA Thailand 2025, setelah menang ke atas Laos 4-1, sebelum tewas kepada Vietnam 0-2 pada Khamis.

Advertisement

Kedudukan itu menyaksikan Vietnam layak ke separuh akhir selaku juara Kumpulan B, diikuti Thailand (juara Kumpulan A) dan Filipina (juara Kumpulan C)

Penentu kemaraan skuad Harimau Muda kini bergantung kepada aksi terakhir peringkat Kumpulan C di antara Indonesia dan Myanmar, yang akan berlangsung pada jam 7 malam, hari ini.

Hal ini kerana, Malaysia kini berada di kedudukan teratas bagi slot terakhir ke separuh akhir selaku pasukan kedua terbaik antara semua kumpulan yang bertanding.

Carta Kedudukan Naib Juara Kumpulan
PasukanMWDLGFGAGDP
1  (Kumpulan B) Malaysia210143+13
2  (Kumpulan A) Timor Leste210147-33
3  (Kumpulan C) Indonesia100101-10

 

Malaysia kini mendahului carta tersebut dengan kelebihan satu jaringan bagi perbezaan gol, sambil mengharapkan sama ada Indonesia dan Myanmar mencatat keputusan seri, ataupun salah satu pasukan ini menang tanpa jurang jaringan lebih 2 gol bagi Indonesia, atau 3 gol bagi Myanmar.

Must Watch Video