Skip to main content

Sukan SEA

Bola Sepak Sukan SEA: Papa saya telah meninggal dunia pagi tadi... tunggu Qimi balik -- Haqimi Azim

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Haqimi Azim

Penyerang skuad B-23 negara, Haqimi Azim Rosli, berdepan ujian berat menjelang aksi menentang Vietnam apabila bapa tirinya, Shahrol Asikin Shariff, meninggal dunia disebabkan serangan angin ahmar sebentar tadi.

Perkara itu dimaklumkannya dalam kiriman media sosial sebentar tadi.

Advertisement

"Saya ingin memaklumkan kepada semua bahawa papa saya telah meninggal dunia pagi tadi. Pemergiannya sangat mengejutkan dan berat untuk kami sekeluarga terima tetapi kami reda dengan ketentuan Allah.

"Saya mohon jasa baik semua untuk mendoakan arwah papa, semoga Allah mengampunkan dosanya, menerima segala amalnya, dan memberikan tempat yang indah buatnya di sisi-Nya.

"Doakan juga agar kami sekeluarga diberi ketabahan dan kekuatan melalui saat sukar ini. Terima kasih atas doa dan sokongan semua," tulisnya.

Dalam satu kiriman lain, Haqimi Azim meluahkan kesedihannya: "Qimi tak kuat macam ni Pa, tunggi Qimi balik Pa, Qimi nak jumpa Papa."

Haqimi Azim dilaporkan dalam perjalanan pulang ke tanah air bagi urusan pengebumian bapa tirinya.

Malaysia, dalam pada itu akan berdepan Vietnam bagi aksi terakhir peringkat Kumpulan B di Stadium Rajamangala, Bangkok pada petang Khamis ini.

 

Must Watch Video