Skip to main content

Bola Sepak

'Bola sepak Malaysia melalui detik sukar sejak beberapa bulan kebelakangan ini'

dda

Meskipun gagal mencatatkan kemenangan di laman sendiri, penyerang import Penang, Dylan Wenzel-Halls, berpuas hati dapat menjaringkan gol di Stadium Bandaraya dalam pentas akhir MFL Challenge Cup 2025/26  di Stadium Bandaraya yang dipenuhi dengan penyokong malam tadi.

Dia juga beranggapan ia adalah situasi yang sangat positif bagi bola sepak Malaysia selepas negara kita mengharungi detik sukar baru-baru ini.

Advertisement

"Saya sangat berbangga dengan bagaimana rakan sepasukan kami beraksi, sangat kecewa selepas bolos saat akhir yang berkemungkinan kerana kurang focus.

"Saya berbangga, aksi yang baik. Kami akan turun berlatih untuk aksi kedua nanti dan lakukan yang terbaik untuk meraih trofi itu," katanya.

 

 

 

 

Harapan tinggi diletakkan pemain yang berasal dari Australia itu, untuk memenuhi impian 24 tahun semua "anak antoo".

"Bagi saya, saya sangat menyukai dapat melihat kesabaran penyokong, saya suka beraksi di hadapan stadium yang penuh.

"Bola sepak Malaysia melalui detik yang sukar dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Malaysia negara yang hebat dan saya menikmati bermain bola sepak di sini. Saya mahu melihat stadium sentiasa penuh." katanya.

Must Watch Video