Persatuan Bolasepak Korea Selatan (KFA) kini disiasat berhubung merasuah pengadil luar negara selepas kes itu didedahkan Stesen Penyiaran Korea Selatan, JTBC.
Polis Korea Selatan bertindak menggeledah badan induk bola sepak kebangsaan itu selepas didakwa terbabit menyediakan pelacur kepada beberapa pengadil antarabangsa dengan Sato Ryuji, Ravshan Irmatov dan Nawaf Shukralla dikaitkan.
JTBC mendedahkan KFA mengamalkan hiburan termasuk seks kepada pengadil-pengadil dalam tujuh perlawanan yang berlangsung sekitar 2011 termasuk kelayakan Piala Dunia 2014.
Stesen penyiaran tempatan itu turut mengesahkan tempahan lokasi hiburan terbabit seperti di Seoul, Changwon (Gyeongnam) dan Ulsan beserta bukti pembayarannya.
Sehubungan itu, KFA mengeluarkan satu kenyataan yang mengesahkan kes terbabit sambil menegaskan, "Walaupun insiden yang tidak menyenangkan mungkin telah berlaku 15 tahun yang lalu, kami sedang dalam usaha mewujudkan garis panduan pengurusan dalaman yang ketat."
Kegagalan negara republik itu dalam kempen Piala Dunia 2026 dikritik hebat hingga mendorong kepada siasatan pelantikan Hong Myung-bo sebagai ketua jurulatih.