Skip to main content

Tenis

BJKC: Wakil negara terpaksa akur, Chinese Taipei sudah di tahap berbeza

h

Ketua jurulatih tenis negara, Muliyadi Jamal, terpaksa akur dengan keampuhan Chinese Taipei yang sememangnya memiliki kelebihan daripada segi kualiti pemain yang sudah ada nama di pentas grand slam.

Dalam perlawanan pertama Kejohanan Tenis Billie Jean King Cup (BJKC), Daania Daniella Hazli berputih mata dengan penguasaan gelanggang perseorangan pertama Taiwan, I Wen Wan, sebelum tersungkur 6-4, 6-0, sebelum Sharifah Elsa Wan Abdul Rahman turut akur dalam aksi kedua.

Gandingan Daania Daniella dan Sze Xuan Lim turut kecundang kepada pasangan Hsieh Su-wei dan Liang En Shuo 6-0, 6-1.

"Ini kali pertama saya mengadakan pertemuan dengan wakil Chinese Taipei itu dan ternyata mutu permainan mereka di tahap yang berbeza.

"Saya sudah berusaha keras dalam setiap mata dan ia satu pertarungan yang bagus," kata Daania Daniella di Nadi Arena.

Malaysia, bagaimanapun, masih mengharapkan peluang lolos ke separuh akhir dengan syarat Uzbekistan dan Sri Lanka perlu ditewaskan dalam baki perlawanan di peringkat kumpulan.

"Tahap permainan di antara kedua pasukan jelas berbeza. Negara kita akan mencapai tahap ini tapi tidak tahu bila memandangkan skuad ini masih muda.

"Saya harap pemain negara mempunyai program yang bagus kerana Daania Daniella dan Sharifah Elsa menerima tunjuk ajar daripada ibu bapa masing-masing.

"Mereka hanya akan melaporkan diri untuk kem latihan pusat apabila khidmat mereka diperlukan," kata Muliyandi.

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

New Balance 1000 - Grey

New Balance 1000 - Grey

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Must Watch Video