Penjaga gol utama Indonesia, Maarten Paes, sah menyertai gergasi Belanda, AFC Ajax, menerusi perjanjian tiga musim hingga Jun 2019.
Perpindahan itu, sekali gus menutup spekulasi kembali ke tanah air selepas dikaitkan bergabung dengan jaguh Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2), Persib Bandung, sebelum ini.
Advertisement
Bintang berusia 27 tahun itu meninggalkan Dallas dengan rekod cemerlang apabila melakukan 128 penampilan dengan 26 'cleen sheet' sepanjang bersama kelab liga Amerika Syarikat (AS) itu.
Selamat datang di Ajax, Maarten Paes! 🇮🇩 pic.twitter.com/SRnZ0b9WRt
— AFC Ajax (@AFCAjax) February 2, 2026
Pemain berdarah kacukan Belanda-Indonesia itu terus melebarkan karier berkelana di luar negara dengan prestasi mengagumkan itu.
Paes merupakan tonggak Sang Garuda ketika berjaya layak ke Piala Asia 2027, namun terpaksa menerima realiti gagal membantu Indonesia ke Piala Dunia tahun ini.