Skip to main content

Bola Sepak

Bintang naturalisasi Vietnam jawab kritikan, gembira balas dendam kalahkan Harimau Malaya

Son

Penyerang utama Vietnam, Nguyen Xuan Son, nyata teruja apabila berjaya membantu pasukannya meraih kemenangan, sekali gus melunaskan dendam tewas 0-4 kepada Malaysia di Bukit Jalil, Jun lalu.

Jelas tonggak naturalisasi kelahiran Brazil itu, dua jaringan peribadinya di Stadium Thien Truong telah menutup mulut pengkritik yang mempersoalkan berat badannya yang naik mendadak selepas berehat panjang, susulan isu kecederaan patah kaki yang dialaminya tahun lalu.

Advertisement

Untuk rekod, bintang Nam Dinh itu telah mencetak tiga gol keseluruhan sepanjang kempen Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027.

"Saya sangat meraikannya kerana dapat menutup mulut kritikan terhadap kondisi badan saya.

"Saya mahu menunjukkan betapa bagusnya saya berusaha.

"Sangat mustahil untuk menjaringkan gol dalam setiap perlawanan.

"Ia adalah kemenangan yang berhak untuk kami. 

Must Watch Video