Skip to main content

Bola Sepak

Bintang bola sepak amatur buat kerja sambilan jual baju raya

Hadi

Bintang Liga A1 Semi-Pro, Hadi Mohamad, mengambil peluang mengisi masa lapang dengan menceburi bidang penstriman secara langsung dengan berniaga Baju Melayu jenama tempatan terkemuka di TikTok Live.

Mengambil peluang sementara saingan liga amatur itu berhenti seketika, penyerang Armed Forces itu bijak menguruskan masa membuat kerja sambilan, dalam masa sama tetap melakukan persiapan menjelang perlawanan seterusnya selepas perayaan.

Advertisement

"Sebelum ini saya juga pernah membuat live menjual barangan sukan.

"Rezeki saya dapat menyertai jualan Hari Raya kali ini.

"Sememangnya ada pengalaman baru.

"Saya dapat mengetahui jenis dan wara yang ada," katanya.

Armed Forces kini menduduki tempat kelapan liga dengan pungutan 36 mata di belakang Kelantan WTS, Universiti Malaya (UM)-Damansara United dan Perak.

Hadi yang juga merupakan pempengaruh di TikTok sering berkongsi ilmu bola sepak dan memuat naik video latihan bersama rakan-rakan. 

Must Watch Video