Jawapan: Semestinya bukan jam 1 petang!!
Seperti biasa, dalam bulan Ramadan kita sebagai manusia biasa pastinya menyimpan azam hendak menjadi insan yang lebih baik tidak kisahlah daripada segi tanggungjawab sebagai seorang Muslim, keinginan hendak menjaga pemakanan dengan lebih seimbang, ataupun mahu kekalkan disiplin.
Advertisement
Maaf cakap, disiplin saya hendak ke gimnasium sudah 'out' pada hari pertama bulan Ramadan. Kononnya nak bangun awal supaya boleh ke gim sebelum sahur. Sahur pun hampir 'miss' pagi tadi maka selamat tinggal lah angan-angan hendak ke gim itu…
Tapi sebagai seorang yang overthinking, terfikir macam rugi lah tak turun gim hari ini… try sahaja pergi lepas tengah hari, tengok macam mana pergi dia.
Dalam otak dah set dah, kita buat senaman ringan je. Sekadar cardio dan upper body sahaja, maksimum 30 minit.
Mak aih, itu 30 minit paling lama pernah saya lalui sepanjang hidup di muka bumi ini. Menyesal itu ada, tetapi rasa “accomplished” tu juga ada. Macam mana lah atlet kita terus training walaupun pada bulan puasa kan?
Mereka memang insan hebat!
Sekarang ini dah terbayang air kelapa bubuh ais dengan gula sedikit….hmmm sedapnya.